Sunday, December 10, 2017

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

PISANG GORENG
Pisang goreng merupakan makanan ringan jenis goreng celup tepung yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dimakan pada waktu pagi, dan petang biasanya dihidang panas-panas. Ia sering dijual oleh penjaja jalanan

Pisang biasanya dicelup dalam adunan cair kunyit, dan tepung sebelum digoreng dalam minyak. Kini terdapat pisang goreng yang dihidangkan bersama keju, jam dan cokelat. Sesetengah orang mendakwa ini bagi meningkatkan imej makanan sebagai makanan tradisional bagi mereka yang berpendapatan rendah.

Pisang Raja merupakan jenis pisang yang popular bagi di jadikan pisang goreng. Pisang goreng juga merupakan kiasan yang bererti sesuatu yang mendapat permintaan ramai.


PISANG GORENG RANGUP

BAHAN BAHAN
1kg Pisang sabah yang masak sedang sedang.
500gm tepung jagung cap Teratai
2 Biji Telur
2 sudu kecil garam
sedikit kapur
sedikit pewarna kuning telur

PROSES PENYEDIAAN
Kupas pisang dan potong memanjang bahagi 2 atau 3.

Gaulkan semua bahan di atas dan pastikan tidak cair dan tidak pekat

Masukan minyak dalam kuali pastikan banyak sikit minyak dan pisang akan tenggelam semasa di goreng. Goreng pisang yang telah digaul dengan tepung dan bahan bahan lain tadi

Goreng hingga warna jadi keperangan.siap untuk dinikmati.


No comments:

Post a Comment