Saturday, December 16, 2017

RESEPI IKAN CENCARU MASAK HALIA

IKAN CENCARU
Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

RESEPI IKAN CENCARU MASAK HALIA

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan cencaru goreng dulu
2 biji bawang putih ( tumbuk )
2 sudu besar sos tiram
Cili merah ( hiris memanjang )
2 inci Halia ( hiris memanjang )
Bawang besar ( potong memanjang)
Serbuk perasa
Minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Tumis halia dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sedikit sos tiram. Kacau rata dan tambah air. Kalau nak kuah banyak boleh lebihkan air.

Kemudian perasakan dengan serbuk perasa. Masukkan cili merah, halia dan juga bawang besar Kacau lagi hingga mendidih.Tutup api dan tuang kuah atas ikan yang telah digoreng kunyit dan garam tadi.siap


Hiasan dengan tomato kecil

No comments:

Post a Comment