Saturday, December 16, 2017

RESEPI IKAN BILIS SAMBAL BELACAN

  IKAN BILIS
Ikan bilis merupakan ahli keluarga (Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.

RESEPI IKAN BILIS MASAK BELACAN

BAHAN BAHAN
14 biji Cili api 
 2 ulas bawang putih
 1 labu bawang besar dihiris kasar
 segenggam ikan bilis
 secubit garam
 sedikit gula
 2cm belacan
 2/3 biji limau kasturi

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak..Tumis kesemua bahan2 diatas, kecuali limau kasturi...setelah agak sebati  perahkan jus limau kasturi tadi,kacau sebentar..gaulkan sekali kulit limau tu ye,agar bau nya harum gitu..dah siap!

No comments:

Post a Comment