Sunday, December 10, 2017

RESEPI LONTONG


Lontong alah makanan istimewa Indonesia dan Malaysia yang diperbuat daripada beras yang dikukus selepas dibungkus dengan daun pisang.Lontong biasanya dihidangkan dengan sate, rojak atau gulai kambing. Walaupun makanan ini mirip dengan ketupat, lontong lebih sering ditemukan di banyak kedai makan di Indonesia dan Malaysia kerana cara pembuatannya adalah lebih mudah daripada cara membuat ketupat. Sebaliknya, ketupat lebih kerap ditemukan pada Hari Raya Aidilfitri.
BAHAN KUAH
  • Santan dari 1 biji buah kelapa
  • 1 Pack Besar Tempe
  • 1 Pack Soon Pucuk Campur
  • 1 Sudu Besar Serbuk Kunyit
  • Air Secukupnya
  • Sedikit Garam

BAHAN KISAR
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 1 Batang Serai
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 3 Biji Bawang Kecil

BAHAN LAIN
  • 1Biji Lobak Merah
  • sedikit  Kubis Bulat
  • 1 Biji Terung Besar
  • Seikat Kacang Panjang

PROSES PENYEDIAAN
  • Kisar semua bawang dan serai sehingga lumat. Didihkan air kemudian masukkan basar kisar dan lobak merah yang telah dipotong. Didihkan sehingga lobak separuh masak.
  • Masukkan semua sayuran dan tempe, didihkan sehingga semuanya masak. Masukkan santan, serbuk kunyit, soon dan pucuk campur. Masak sehingga mendidih.  Pastikan santan tidak berketul, gaul sentiasa. 
  • Tutup api dan masukkan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan. Makan bersama nasi impit/ ketupat nasi.

No comments:

Post a Comment