IKAN BILIS
Ikan bilis merupakan ahli keluarga
(Engraulidae) bagi ikan air masin kecil yang lazim. Ikan ikan genera
Stolephorus dan Encrasicholina (bunga air) adalah biasa di Malaysia. Ikan bilis
ialah ikan hijau yang kecil dengan pantulan biru berikutan jalur melintang pada
badannya. Panjang maksimumnya ialah 23 cm. Muncungnya tumpul dengan gigi yang
kecil dan tajam pada kedua-dua rahangnya. Mulutnya lebih besar daripada ikan
herring. Makanan utama ikan bilis ialah plankton.
RESEPI IKAN BILIS MASAK KICAP
BAHAN BAHAN
2 genggam ikan bilis.
1 batang cili merah di hiris
10 batang cili api di hiris dan di ketuk.
1 biji bawang holand di hiris.
1 sudu kicap manis
1 sudu cili kering yang telah di kisar.
PROSES PENYEDIAAN
Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan.Keluarkan baki minyak dan tinggal kan sedikit saje. Tumiskan bawang sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi. Masukkan cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi. Masukkan kicap manis dan gaul rata.
Taburkan garam sebagai perasa.Tutup kan api Masukkan ikan bilis tadi dan gaul rata.Sedia untuk di hidang.
No comments:
Post a Comment