Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada
famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh
dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai
tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang
(kerang-kerangan) yang boleh dimakan.
Mantel mempunyai tiga
bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk
membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan
kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan
keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu
meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah
hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.
BAHAN BAHAN
- 200gm isi kerang segar
- 1 senduk besar cili kisar
- 2 sudu besar kari ikan
- Sedikit air
- sedikit jus asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Daun kari secukupnya
- 1 biji bawang besar - hiris
- 1/2 inci halia, diketuk
- 5 biji bawang merah- ditumbuk
- 2 ulas bawang putih- ditumbuk
- 1/2 inci belacan - ditumbuk
PROSES PENYEDIAAN
- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk halus, halia titik, dan juga daun kari hingga harum.
- Masukkan cili kisar dan rempah kari, kacau rata dan tumis hingga cili garing, gunakan api kecil.
- Masukkan jus asam jawa dan air, kacau dan masak hingga pekat.
- Masukkan kerang dan bawang belah. Kacau dan tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Masak hingga pekat.
No comments:
Post a Comment