Saturday, December 16, 2017

RESEPI IKAN CENCARU MASAK CUKA

IKAN CENCARU
Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad) merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.


IKAN CENCARU MASAK CUKA


BAHAN BAHAN
2 - 3 ekor ikan cencaru potong 2
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - Hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1'2 in halia - dihiris
2 biji cili merah  - dihiris serong
10 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
 garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan. Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.

Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment