Friday, December 15, 2017

RESEPI KEPAH MASAK SERAI

Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Aspahsis
BAHAN BAHAN
  • 500 gm kepah - dibersihkan dan toskan
  • 2 batang serai - diketuk
  • 3 ulas bawang putih - diketuk
  • 1in halia - dipotong panjang
  • 5 biji cili api - diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar - dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
  • Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan kepah.
  • Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang kepah berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih

No comments:

Post a Comment