Saturday, December 09, 2017

SUP IKAN MERAH

SUP
Sup adalah makanan cecair, secara amnya disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air, atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk air rebusan atau kaldu.

Secara tradisinya, sup dikelaskan kepada dua kumpulan utama: sup jernih atau cair dan sup pekat. Klasifikasi Perancis bagi sup cair adalah kaldu dan consommé. Sup pekat dikelaskan bergantung kepada jenis ejen penebalan digunakan: puri adalah sup sayur dipekatkan dengan kanji; bisk diperbuat daripada puri kerang atau sayur-sayuran dipekatkan dengan krim; sup krim dipekatkan dengan sos béchamel; dan veloutés dipekatkan dengan telur, mentega, dan krim. Bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk memekatkan sup dan kaldu termasuk telur,nasi, lentil, tepung dan gandum; banyak sup popular juga menggunakan lobak merah dan kentang.

RESEPI SUP IKAN MERAH
BAHAN BAHAN
500gram ikan merah
4 cawan air
minyak utk menumis
Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan

BAHAN DITUMBUK
1 sudu besar lada sulah/putih
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah

BAHAN TUMIS
1 btng kayu manis
1 kntm bnga lawang
2 biji buah pelaga
1 ulas bwng putih-hiris
2 biji bwng merah-hiris

PROSES PENYEDIAAN
Ikan di siang dibersihkan dan toskan.Tumbuk lada putih hingga lumat dan tumbuk bhn2 yg lain sehingga lumat.

Panaskan minyak dan tumiskan bahan bahan tumis.
Masukkan bahan bahan tumbuk tadi dan tumis sehingga naik bau..

Masukkan air, biarkan mendidih.masukkan ikan dan kacau rata.Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan.

Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. Sedia utk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment