Sunday, March 11, 2018

DAGING GORENG KICAP BERCUKA

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.


DAGING GORENG KICAP BERCUKA

BAHAN BAHAN
1/2 kg daging batang pinang di potong kecil - kunyitkan
1 biji bawang besar- hiris
1/2 inci halia - hiris halus
3 ulas bawang putih - hiris nipis
1 biji cili hijau - potong nipis serong
Kicap pekat manis ( kuantiti kicap ni bergantung anda nak kuah banyak mana ye..)
Cuka (angaran dalam 2 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan sedikit minyak, goreng garing daging. setelah daging garing masukkan bawang, halia, bawang putih & cili hijau..kacau hingga bawang agak layu..

Bila dah layu masukkan kicap, cuka, garam & sedikit gula.. kacau lagi.. kalau nak berkuah boleh tambah air ye.. sesuaikan rasa.. kalau dah ok.. boleh lah dihidangkan..


No comments:

Post a Comment