Sunday, March 11, 2018

RESEPI PECAN BUTTERSCOTCH CAKE

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.

Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.


RESEPI PECAN BUTTERSCOTCH CAKE


BAHAN-BAHAN
130 gm tepung Kek
125 gm gula kastor
15 gm ovalette
5 bj telur B
40 gm air
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
70 gm minyak masak/mentega cair

Satukan ovalette dan gula gaul rata. Masukkan tepung, serbuk penaik dan telur yg telah diayak dan pukul hingga hingga kembang putih berkrim. Satukan air dan vanila tuangkan ke dalam adunan dan pukul hingga pekat dan gebu. Masukkan minyak sedikit2 kacau dgn senduk hingga sebati. Bakar 40 mnt suhu 180.

Nota: bila kek da masak keluarkan dr oven dan terbalikkan atas redai supaya kek tk turun. Tunggu sejuk baru potong..

UNTUK SOS BUTTERSCOTCH
120 gram gula perang
120 gram mentega
120 gram sirap glukos
180 gram UHT whipping cream
1/2 sudu teh Garam

Dalam periuk satukan gula,mentega, sirap glokus dan garam. Masak atas api sederhana, kacau selalu supaya tak hangus masak sampai semua bahan memcair. Biarkan mendidih 2 minit kemudian angkat dr api dan tuang uht whipping cream, kacau sebati. Masak semula selama 2 mnt sehingga pekat.

150 grams kacang pecan bakar 10-15 mnt 170.
Cincang kasar.

1 litre Non Dairy Whipping Cream (rich)
Putar sehingga kental.

CARA MENYUSUN KEK
Potong Kek kpd 3 bahagian

Lapisan Kek pertama tuang sos butterscotch ratakan, sapukan krim putar ke atas Kek ratakan kemudian tabur kacang pecan. Ulang semula pada lapisan Kek kedua. Kemudian letakkan lapisan kek ke tiga tabur kacang pecan. Tutup seluruh kek dgn krim putar. Ratakan kacang pecan di bahagian tepi kek. Tuangkan sos butterscotch dan tabur kacang pecan.

No comments:

Post a Comment