Sunday, March 11, 2018

RESEPI KAMBING GORENG BEREMPAH

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.

Istilah "curry" dalam bahasa Inggeris berasal daripada perkataan bahasa Tamil yang merujuk kepada mana-mana satu hidangan sampingan yang dimakan bersama-sama dengan nasi.  Selain itu, daun kari yang dikenali dalam bahasa Tamil sebagai 'karuvapillai' (secara harfiahnya bermaksud "daun hitam") digunakan dalam berbagai-bagai hidangan umum di India Selatan yang diperbuat daripada sayur-sayuran atau daging dan biasanya, dimakan dengan nasi.


RESEPI KAMBING GORENG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN
500gm daging kambing (dipotong2 )
2sb rempah kari
2sb rempah kurma
1st serbuk pati ayam
garam dan gula secukupnya
sedikit minyak

BAHAN YANG DIKISAR
1 batang serai
3biji bawang putih
1 biji bawang besar
2in halia
1in lengkuas
air secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
Daging kambing direbus dengan air hingga separuh lembut. Buangkan airnya, rebus lagi dengan air yang lain didalam kuali.

Masuk bahan yang dimesin, rempah kari, rempah kurma, kiub ayam, rebus hingga lembut dan kering.

Masukkan sedikit minyak, goreng kambing tadi hingga sebati dan masukkan garam dan gula.

Bila betul2 dah kering dan rempahnya sebati, tutup api. Sedap dimakan dengan nasi putih, roti dan juga nasi impit.




No comments:

Post a Comment