Monday, March 12, 2018

RESEPI KEK KELADI LAPIS

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.


Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

RESEPI KEK KELADI LAPIS
BAHAN BAHAN
Resepi kek span mcm kek lapis pandan , cuma tukar perasa vanilla atau yam.
Potong 3 lapisan.

TOPPING:
1 kg keladi - kupas dan rebus
1/2 cawan gula
3 biji telur gread a
120 g santan pekat
300ml air
1/4 cawan tepung gandum
20g tepung jagung
25g gelatin
pewarna unggu
1/2 sk garam

CARA PENYEDIAAN
Blend keladi yg dah direbus tadi dgn air, telur dan masukkan dalam periuk bersama sama bahan bahan lain.

Kacau sebati dan masak sehingga mendidih.Biarkan sejuk sikit. Buat lapisan seperti buat pandan layer.

Lepas masukkan setiap topping, tengkuh kek atas meja..supaya topping padat dan rata. Simpan dalam peti dalam 2-3 jam sebelum dihidang.

Mudah basi kerana guna santan, make sure simpan dalam peti.



No comments:

Post a Comment