Monday, March 12, 2018

RESEPI CABAI DAGING

Daging, dalam definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan. Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak, sumsum tulang dan ginjal. 

Perkataan daging turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.

RESEPI CABAI DAGING
 BAHAN BAHAN
300gm daging batang pinang
2 biji bawang besar di mayang
3 kuntum bunga lawang
1 batang kecil kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
1 cawan pati santan
1 sudu besar kerisik
Garam, gula & aji secukup rasa

* sebiji bawang besar holland dihiris untuk di tabur setelah daging hampir masak..

PROSES PENYEDIAAN
Tumis bawang besar yg telah di mayang. Masukkan cili blender, tumis hingga pecah minyak.

Masukkan kulit kayu manis & bunga lawang serta daun kari. Masukkan daging yg telah di hiris nipis dan sedikit air.. Klu kuah agak kering tambahkan air lagi, masak lah sehingga daging empuk.

Bila kuah sudah agak kering, masukkan santan dan tambahkan kerisik. Masukkan gula, garam dan aji jika suka...Tunggu smpi kuah menjadi agak kering.

Akhir sekali tambahkan bawang besar holland yg di potong bulat .

No comments:

Post a Comment