Acar adalah sejenis hidangan Malaysia yang terdiri daripada
bahan-bahan yang dijeruk. Sayur-sayuran keras, atau buah-buahan jeruk disatukan
menjadi suatu hidangan yang tersendiri. Ada acar yang dimasak, manakala ada
acar yang dibuat seperti gaya rojak atau salad. Acar biasanya dijadikan lauk
sampingan bagi hidangan nasi, misalnya nasi putih, nasi minyak atau nasi
beriani
Disebabkan terdapat pelbagai pengaruh masakan kaum di Malaysia, acar sudah berkembang dan meranting mengikut variasi kaum, terdapat pelbagai jenis acar, mengikut selera kaum masing-masing.
Hidangan acar berasal
dari hidangan dari Benua Kecil India, yang dikenali sebagai achar. Kemungkinan
hidangan ini dibawa oleh pedagang dan perantau daripada India sebagai makanan
bekal, kerana acar boleh disimpan lama (dijeruk). Dikatakan hidangan acar di
Malaysia adalah veri tempatan hidangan acar Muhglai. Adaptasi hidangan Mughlai
boleh diperhatikan juga dengan hidangan-hidangan lain seperti roti canai, kurma
dan kari.
RESEPI
ACAR PISANG
BAHAN BAHAN
Pisang benggala - pisang
dikupas ckit2 kulitnya n kelar ..kemudian rendam dgn air garam..n celur/rebus
skjap..
1
kotak santan
1@2 biji Bwg besar
6@7 sdb cili kering
yg dikisar
6sdb cuka
Gula
Garam
BAHAN BAHAN KISAR
10ulas bwg merah
4 ulas bwg putih
1 inci halia
PROSES PENYEDIAAN
Kisar semua bahan
bahan kisar. Panaskn minyak dan tumiskan bahan bahan kisar tadi. Tumis smpai
naik bau..
Kemudian masukkan
cili kisar, gula, garam dan cuka..yg ni tumis lama ckit ye.. Bagi pecah minyak.
Lepas tu masukkan pisang dan
sedikit air.jgn banyak sangat nanti kuah cair dan tidak sedap.
Tunggu smpai
mendidih..lepas tu masukkan santan..kacau sebati.
Tggu smpai mendidih dan
masak..last skali letak hirisan bwg besar..
No comments:
Post a Comment