Sunday, March 11, 2018

KEK KUKUS LAPIS CREAM CHEESE

Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.


Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh membuat kek.

KEK KUKUS LAPIS CREAM CHEESE
BAHAN-BAHAN ADUNAN CREAM CHEESE

250 gram cream cheese
60 gram gula halus
1 biji telur Gred A
1 sudu besar air
1 sudu besar tepung gandum

Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati. Masukkan pl telur diikuti air dan tepung. Pukul hingga sebati.
Bahagikan 2 bahagian.

BAHAN KEK
2 biji telur
1 cwn gula halus
1 sudu teh esen vanila
1/4 sudu teh garam
1/2 cwn air panas
1/2 cwn susu segar/ susu cair
1/2 cwn minyak jagung/masak
1 cwn tepung gandum
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kukusan.
Ayak tepung, serbuk koko, baking powder dan baking soda.
Pukul telur bersama gula hingga kembang.
Masukkan vanila dan garam.
Masukkan air panas, susu dan minyak.
Masukkan bahan yg diayak dan gaul sebati. Bahagi pd 2 bahagian.

CARA MENYUSUN KEK
Dalam bekas masukkan bhgn 1 cream cheese kukus 15-20 mnt.

Kemudian tuang adunan Kek dan kukus lg 15-20 mnt. Tuang bhgn 2 cream cheese 15-20 mnt

Last tuang adunan kek kukus sampai 20 mnt.. Tutup bekas dgn foil atau plastic beg tuk elakkan air masuk...

Untuk mmbuat corak.. Asingkan 3 sudu besar adunan cream cheese dan cmpurkan 1 sudu kecil coklat emelco, masukkan dlm piping beg dan pipe corak keatas kek.


No comments:

Post a Comment