Wednesday, March 14, 2018

RESEPI IKAN MASAK JERUK

Ikan Kembung adalah sejenis ikan laut dalam genus Scomber dan famili Scombridae.Ia merupakan ikan yang penting secara komersial dan dijual di pasar-pasar sebagai makanan. Penangkapannya memerlukan lesen bagi memastikan ia tidak terancam oleh tangkapan melampau oleh nelayan komersial.

RESEPI IKAN MASAK JERUK

BAHAN A:
2 biji bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 inci halia di hiris nipis2.
sedikit jintan manis
sedikit minyak untuk menumis

BAHAN  B :
4 potong ikan ikan kembong1/2 batang lobak merah dihiris nipis2
1/4 batang timun di buang biji dan dihiris nipis2.
2 batang serai dihiris nipis2.
10 biji cili api
5 ulas bawang putih di belah dua
4 biji bawang merah di belah empat
2 camca cuka masakkan
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula

PROSES PENYEDIAAN
Masukkan minyak dalam kuali tunggu hingga panas.

Masukkan bahan bahan A iaitu bawang putih, bawang merah, halia dan jintan manis.

Masak agak sederhana garing. Masukkan air, agak agak  padan dengan ikan dan sayur .

Mendidih kuah masukkaan serai dan lobak merah. Masukkan timun, bawang putih dan bawang merah. Masukkan cuka, garam dan gula.

Masukkan cili api dan tunggu sekejap baru masukkaan ikan. Rasa dahulu, jika ada rasa kurang garam dan gula bolehlah tambah sedikit supaya rasa menjadi seimbang.



No comments:

Post a Comment