Daging, dalam
definisi terluasnya, ialah tisu haiwan yang digunakan sebagai makanan.
Selalunya daging ini memaksudkan otot rangka dan lemak yang berkaitan, tetapi
juga boleh memaksudkan organ otot, termasuk paru-paru, hati, kulit, otak,
sumsum tulang dan ginjal.
Perkataan daging
turut digunakan oleh industri pembungkusan dan penjualan industri untuk
memaksudkan daging mamalia (lembu, kambing, dsb.) dan ayam itik yang diternak
dan disembelih untuk penggunaan manusia, tetapi mengecualikan telur dan makanan
laut yang meskipun terdiri daripada tisu haiwan. Haiwan yang hanya atau selalu
memakan daging dipanggil haiwan maging atau karnivor.
RESEPI DAGING
BLACKPAPER BROKOLI
BAHAN-BAHAN
800 gm daging lembu
1 pokok brokoli ,
dipotong
2 ulas bawang besar
kuning (Holland)
3 sudu besar penuh
lada hitam- dikisar kering
2 sudu besar minyak
1 sudu kecil gula
Garam
1 sudu besar tepung jagung
dibancuh dengan air
BAHAN PERAP:
3 sudu besar kicap
manis – kicap biasa yang selalu kita makan dengan nasi
2 sudu besar sos
tiram
1 sudu besar minyak bijan
4 ulas bawang putih
di tumbuk
1 inci halia,
ditumbuk
2 sudu besar serbuk
lada hitam halus
PROSES PENYEDIAAN
Perap daging dengan
bahan perap selama lebih kurang 1 jam atau semalaman. Lebih lama lebih sedap
Bila nak masak,
panaskan minyak, masukkan daging perap, sesudu gula dan air secukupnya. Masak
sehingga air kering dan daging lembut. Jika daging masih belum lembut, tambah
air dan masak lagi sehingga kering.
Bila kering masukkan
lada hitam dan kacau rata.
Masukkan brokoli dan
bawang besar dan masak seketika.
Jika nak kuah lebih
pekat masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau terus tutup api.
No comments:
Post a Comment