Wednesday, March 14, 2018

RESEPI APAM BALIK BERLAUK

Apam balik atau juga dikenali sebagai apom balik, Murtabak manis dan Terang bulan merupakan sejenis kuih tradisi Indonesia, Malaysia dan Singapura, sesuai dimakan pada waktu pagi dan petang secara bersantai. Ia merupakan sejenis kuih apam berkulit tebal yang dibakar dengan lapisan mentega dan ditaburi inti kacang dan jagung di atasnya dan kemudian dilipat dua. Kini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, vanila dan strawberi. Apam balik sedap dimakan panas-panas. Tapi awas lidah boleh melecur dan perlu menunggu sedikit masa untuk pesanan siap dimasak.


Bahan tepungnya dicampur dengan air soda dan air penaik ibu roti, dimasak di atas kuali tembaga dan dimaniskan dengan taburan gula kasar, kisaran kacang tanah goreng atau nestum, marjerin dan bahan penambah perisa lain yang sesuai.

RESEPI APAM BALIK BERLAUK

BAHAN BAHAN
4 Cawan Tepung Gandum
2 biji telur
3/4 cawan gula
2 Camca kecil baking powder
1 camca kecil bikar bonat
3 cawan air
1 camca garam
Sedikit pewarna hijau / pewarna kuning
Blander semua bahan2
Biarkan selama 1 jam .

BAHAN BAHAN  LAUK
2 ketul dada ayam dipotong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji bawang merah dihiris
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 1/2 sudu rempah rendang
1 sudu rempah kari
Garam
Gula
Sedikit perasa.

PENYEDIAAN LAUK
Panaskan minyak utk menumis. Masukkan bawang yang dihiris.

Masukkan rempah rendang dan rempah kari letak sedikit air. Masak sehingga garing Masukan isi ayam dan bawang besar.

letak garam, gula dan sekit perasa. Masak sehingga betul2 masak. Cili besar hiris nipis2 dab gaulkan

PROSES MASAK APAM
Panaskan kuali leper tidak melekat. Sapukan sedikit minyak.

Tuang adunan apam ke dalam kulai leper. Masak sehingga berlubang2, seperti yang saya tunjukkan dlm video.

Bila sudah masak letakan inti sebelah dan kemudian lipat apam tersebut. Boleh dihidangkan ke dlm pinggan.



No comments:

Post a Comment