Sunday, March 11, 2018

GULAI PADANG AYAM KAMPUNG

Gulai ialah masakan bersantan yang mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api, kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar Negeri Sembilan.

Gulai berasal daripada Sumatera, Indonesia dan tersebar ke kawasan sekitar khususnya di Malaysia, Singapura dan Brunei hasil daripada tradisi merantau orang-orang Minangkabau.

Kini terdapat beberapa variasi masakan gulai. Resepi asalnya menggunakan rempah ratus asal yang hidup tumbuh di Asia Tenggara seperti kunyit, lada api dan serai. Terdapat juga yang turut menggunakan bawang dalam masakan gulainya. Ini berkemungkinan hasil pengaruh daripada India. Penambahan gula juga adalah biasa mengikut selera masing-masing yang tidak tahan pedas.

GULAI PADANG AYAM KAMPUNG


BAHAN-BAHAN
Ayam kampung
Bwg merah
Bwg putih
Halia
Lengkuas
Serai
Rempah
Kunyit hidup
Daun limau purut
Asam keping
Lada kering
Santan
Myk masak

PROSES PENYEDIAAN
Rebus ayam hg empuk..letak halia,lengkuas,myk masak sikit bg cepat masak..Ketepikan
Blend bwg merah,bwg putih,halia 1 inci,serai,lengkuas 1 inci,lada kering,kunyit hidup..

Tumbuk rempah n tumis sekejap..diikuti bahan blend shg naik bau ..

Masukkan ayam rebus td ..perap sekejap.. Masukkan air rebusan ayam,santan,garam,gula secukup rasa..asam keping,daun limau hiris..

Biarkan mendidih..siap.. Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment