Monday, March 12, 2018

RESEPI KUIH TALAM PANDAN

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.Kuih lapis dipotong berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat

Kuih lapis dipotong berbentuk segi tiga dan bulat. Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.


RESEPI KUIH TALAM PANDAN


BAHAN BAHAN BAHAGIAN BAWAH
1cwn gula pasir
4  3/4 cwn air
2cwn tpg gandum
2sdb tpg ubi
Sedikit pewarna hijau
1sdt garam
8- 10helai daun pandan

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan kukusan hgg air mndidih..sapukan myk/marjerin pd loyang atau lapik dgn plastik.

Blender daun pandan dan air kemudian tapis. masukkan tepung gandum,  tepung ubi, gula, garam, pewarna ke dalam air pandan tadi. kacau sebati kemudian tapis ke dlm Loyang. kukus 20minit. kalau ada air bertakung. buang sikit sikit dan  kukus sekejap tanpa tudung periuk kukus. dlm 5minit... cakar cakarkan sikit atasnya.

BAHAN BAHAGIAN ATAS
2  1/2 cwn santan jgn cair tau.. biar pekat  baru lemak. .
1cwn tpg beras
1/2 sdt garam

PROSES PENYEDIAAN
Satukan semua bhn. .. kacau sebati dan tapis/ tuang atas adunan yg da masak tadi... kukus lg 20mnt. .. da siap.. buka penutup kukus dan kukus lg 5mnt utk mggelakkan air bertakung atas kuih... biarkan sejuk.. ( jgn letak dlm peti ais lak) bila da betul2 sejuk baru potong... nak cantik. . potong guna pisau plastik.

No comments:

Post a Comment