Monday, March 12, 2018

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET

BAHAN BAHAN
Bawang besar 4 biji
Bawang putih 4 ulas
Tomato 4 biji
Ikan bilis segelintir (dalam 15 ekor)
Belacan sebesar ibu jari, banyak juga la aku letak semalam.
Lada besar 5 ketul
Lada kecik 10 biji kalau makan pedas letak banyak pun takpa letak sikit pun takpa
Garam
Gula
Sos cili 3 sudu

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak lepastu tumis lah ikan bilis dan belacan tadi sampai masak jangan garing, lepastu masukkan lada bawang putih dan bawang besar tadi. 3 benda tu sebelum dimasukkan pastikan korang potong 4 siap siap nanti senang nak kisar.

Dah agak kuning tu tutup api biar sejuk sikit dah la. Lepas tu masuk dalam pengisar dan kisar sehingga lumat.

Dah lumat masukkan balik dalam kuali masuk semua tomato yang dah siap dipotong. Masuk la gula garam secukup rasa. Nak masin ke manis ke ikutlah selera korang. Letak sos cili. Masak lah sampai tomato tadi lembik dan hilang rupa bentuk sebiji tomato.

Angkat lah keluar dari kuali dan masukkan kedalam mangkuk kemudian hidangkan bersama nasi panas, ulaman segar dan ayam berempah.

No comments:

Post a Comment