Kek merupakan bentuk roti atau makanan seperti
roti. Dalam bentuk moden, ia biasanya pencuci mulut dimasak manis. Dalam bentuk
yang asal, kek biasanya roti goreng atau kek keju, dan biasanya berbentuk
cakera. Menentukan sama ada sesuatu makanan yang diberikan patut dikelaskan
sebagai roti, kek, atau pastri boleh menjadi sukar.
Kek moden, terutamanya kek lapis, biasanya
mengandungi campuran tepung, gula, telur dan mentega atau minyak, dengan
beberapa kelainan yang juga memerlukan cecair (biasanya susu atau air) dan agen
penaik (seperti yis atau serbuk penaik). Bahan perisa seperti puri buah-buahan,
kacang, buah-buahan kering atau halwa, atau pati buah sering ditambah, dan
banyak bahan-bahan utama boleh diganti. Kek sering diisi dengan buah-buahan
diawet atau sos pencuci mulut (seperti krim pastri), ais dengan butterkrim atau
icing lain, dan dihiasi dengan marzipan, tepi berhias atau halwa buah-buahan.
Kek sering menjadi pencuci mulut pilihan selepas makan di majlis-majlis
upacara, terutamanya majlis perkahwinan, ulang tahun, dan hari lahir. Terdapat
banyak resipi kek sehingga tidak terkira, ada yang seperti roti, beberapa jenis
berlemak dan rumit, dan banyak yang telah berabad lamanya. Membuat kek tidak
lagi proses yang rumit, pada suatu masa banyak kerja diperlukan bagi
menghasilkan kek (terutamanya mengepuk buih telur), peralatan membakar dan
arahan telah diringkaskan agar tukang masak yang paling amatur masih boleh
membuat kek.
RESEPI KEK KARAMEL COKLAT
KUKUS
BAHAN BAHAN
KARAMEL/GULA HANGUS
5 sdb gula
5 sdb air
Cairkan gula dlm
periuk atas api kecil sehingga mjadi karamel dan kacau pastu masuk kn air.
Masuk kan karamel ke dlm loyang bulat dan rata kan karamel. Ketepikan dan
sejukkan.
~PUDING
4 biji telur saiz A
4 kpg roti
1 cwn susu cair
1 cwn susu pkt
1 cwn air suam
1 sdb teh esen vanila
Satukan semua bhn2 di
atas dan blend. Tapis kan dan masuk kan loyang yg berisi karamel. Tutup loyang
dg aluminium foil dan kukus 30 minit.
~KEK COKLAT
4 biji telur saiz A
1 cwn gula
1 cwn minyak
jagung/masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
1 sdb esen vanila
1 1/2 cwn tpg gandum
1 cwn serbuk koko
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
Whisk telur, gula,
minyak, esen vanila, susu cair dan susu pkt dlm mangkuk adunan. Pkl sehingga
berbuih & kembang.
Mskkan tpg gandum,
serbuk koko, soda bikarbonat dan baking powder. Pkl lagi sehingga sebati.
Kemudian tuang adunan
ke dlm loyang puding td. Kukus selama 1 jam. Bila dh msk biar kek sejuk selama
30 mnt sehingga tepi kek lekang/renggang dr loyang. Sisipkan tepi kek dgn pisau
dan terbalikkan perlahan2 di atas bekas. Sedap mkn sejuk. Hias kek dg buah2an
kesukaan anda
No comments:
Post a Comment