Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh
tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder
bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi
bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan
"mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina
"麪"
kerana makanan ini juga berasal dari China.
Catatan pertama mengenai
mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005,
mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia)
sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu
kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.
RESEPI
MEE DAGING BERKUAH PEDAS
BAHAN-BAHAN
400 gm Mee Kunning (di celurkan
dalam air panas di tos & di tepikan
200 gm daging segar
hiris
2 sudu besar cili
boh/kisar
2 sudu besar sos
tomato
2 sudu besar kicap
manis
1 kuib knorr ayam
atau stok ayam atau air secukup (kuah nya)
1 batang serai di
titik
1 tangkai daun kari
Sayur sawi di potong
kecil semangkuk
10 biji tomato ceri
di belah dua
1 lobak merah di
hiris serong
1 mangkuk taugeh
(optional)
1 biji ubi kentang di
rebus dan di potong tipis
2 sudu besar bawang
merah goreng
Garam dan gula
secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN-BAHAN KISAR
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia
4 biji cili api
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak
secukup (3 sudu besar) goreng daging nya sebentar, bersama daun kari, serbuk
lada hitam, serai yang di titik dan garam sedikit. Angkat dan tepikan sesudah
di goreng.
Panaskan kuali nya
semula, letakan minyak sedikit. Tumis bahan2 yang di kisar. Tumis rencah nya
hingga ia bangkit baunya.
Masukkan cili kisar,
bawang merah goreng dan 1 kuib knorr ayam. Gaulkan rata2, kemudian masukkan
stok ayam atau air secukup untuk kuah nya.
Masukkan sos tomato
& kicap manis. Biarkan ia masak dan mendidih. Masukan daging goreng, daun
kari dan serai tadi bersama lobak merah. Biarkan ia masak dan mendidih lagi.
Masukkan tomato ceri,
sayur sawi dan ubi kentang yang sudah di rebus tadi. Untuk di sajikan anda
boleh celurkan mee dan taugehnya berasingan atau masukkan mee kunning kedalam
kuah daging nya dan masak bersama kuah nya. sajikan panas2. Ikut citarasa
masing2.
Taburkan sedikit
bawang merah goreng. Selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment