Monday, March 12, 2018

RESEPI MEE KUAH DAGING

Mi atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.
Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.


RESEPI MEE KUAH DAGING

BAHAN BAHAN
Cili kering kisar
1 biji kentang russet
2 biji keledek merah
Daging
Asam keping
1 tin tomato soup
Susu pekat
Garam
Gula
Ajinamoto
Sos cili

BAHAN KISAR
1 biji bawang holland
1 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
1/2 inch halia
2 biji tomato

PROSES PENYEDIAAN
Dalam periuk, didihkan air, masuk daging/tulang, rebus skli kentang dan keledek. Agak agak kentang keledek dah empuk, angkat pastu kisar

Masuk bahan kisar, 3 senduk cili kisar, kalau nak pedas letak lebih, 1 tin tomato soup, 2 asam keping,kentang yg dah blend tdi, garam, pak aji. 5 sudu besar susu pekat, 1 senduk sos cili.

Bila da  mendidih sesuaikan dan perasakan sedikit dengan gula. Masak dan siap. Tuangla atas mee dan hidang bersama telur dan irisan daging dan sayur.ikut suka anda



No comments:

Post a Comment