Sunday, March 11, 2018

RESEPI DENDENG KERANG

Kerang merupakan nama sekumpulan moluska dwicangkerang daripada famili Cardiidae. Kulit kerang banyak dijumpai di pantai-pantai di seluruh dunia. Kulit kerang ini berbentuk seperti hati, bersimetri dan mempunyai tetulang di luar yang nyata. Kerang adalah sejenis haiwan bercengkerang (kerang-kerangan) yang boleh dimakan.

Mantel mempunyai tiga bukaan (inhalan, ekshalen, dan pedal) untuk mengalirkan air serta untuk membenarkan kakinya ke luar. Kerang biasanya mengorek lubang dengan menggunakan kakinya dan makan plankton yang didapati daripada pengaliran air masuk dan keluar. Kerang-kerang juga berupaya untuk 'melompat' dengan membengkokkan lalu meluruskan kakinya. Berbeza dengan kebanyakan dwicangkerang, kerang ialah hermafrodit (khunsa) dan membiak dengan pantas.

BAHAN-BAHAN
  • 350 gm Isi Kerang
  • 3 sdb Cili Kisar
  • 2 sdb Kelapa Parut Putih
  • 1 cawan Santan (1/2 cwn pati santan + 1/2 cwn Air)
  • 1 sdb Gula Perang
  • 2 sdb Kicap Manis
  • 1 sdb Sos Tiram
  • 1 sdb Sos Tomato
  • 1 biji Limau Kasturi (ambil jus)
  • 1 inci Kulit Kayu Manis
  • 1 helai Daun Pandan (simpul)
  • Garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya untuk menumis

BAHAN KISAR
  • 3 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inci Halia
  • 1/2 inci Lengkuas
  • 1 tangkai Cili Hijau
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 5 tangkai Cili Padi (jika suka pedas)
  • 1 batang Serai

PROSES PENYEDIAAN
  • Kelapa parut disangai terlebih dahulu hingga kekuningan dan ketepikan.
  • Panaskan minyak. Masukkan kayu manis, daun pandan dengan bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
  • Masuk cili kisar, tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.Masuk kelapa parut yang disangai tadi, kacau rata.
  • Masuk gula, garam, kicap, sos tiram dan sos tomato. Kacau rata dan biarkan mendidih.
  • Masukkan isi kerang, santan pekat dan jus limau. Kacau rata dan masak sehingga pekat.

No comments:

Post a Comment