Thursday, March 15, 2018

RESEPI MURTABAK MAGGIE

Murtabak atau juga dikenali sebagai martabak ialah sejenis makanan yang ada dijual di Malaysia, terutamanya di Johor. Murtabak ada dua jenis iaitu murtabak ayam dan daging.

Di Kelantan, terdapat hidangan murtabak istimewa yang tebal dan mempunyai banyak inti yang dikenali sebagai Murtabak Raja.Makanan ini terkenal di seluruh Malaysia.

Martabak Raja merupakan martabak yang dihidangkan kepada keluarga di-Raja Kelantan ketika 1950-an, tetapi kini martabak dijual kepada umum. Martabak ini terdiri daripada tiga lapisan segi empat sama dengan inti daging atau ayam.

RESEPI MURTABAK MAGGIE
BAHAN BAHAN
Maggie Kari
Telur (4-5 Biji)
Garam secukup rasa
Bawang Besar yang dah dipotong nipis
Daun Bawang yang dah dipotong kecil
Daun Sup/Kucai yang dah dipotong kecil
Sedikit Minyak

CARA PENYEDIAAN
Rebus mee maggie dalam air yang mendidih. Sekejap saje jangan sampai terlalu kembang. Kemudian toskan dan letak tepi.

Ambil mangkuk yang besar masukkan maggie mee yang dah ditoskan tadi. Gaulkan dengan perencah maggie tadi. Masukkan juga bawang besar, daun bawang dan sup kucai tadi.

Masukkan telur kedalam mangkuk tadi dalam 4-5 biji dan kacau seketika.

Panaskan sedikit minyak masak ke dalam non-stick pan. Tuang campuran maggi tadi dalam pan. Tekan2 sikit bagi maggi tu padat.

Bila agak agak bahagian bawah maggie tadi tu dah garing/keras terbalikkan untuk masakkan lagi sebelah.

Bila kedua dua belah dah agak garing dan x bercerai maggi tu, boleh angkat. Siap!! 



No comments:

Post a Comment