Thursday, March 15, 2018

RESEPI BAKWAN UDANG BERSAYUR

Udang ialah sejenis haiwan yang hidup di dalam air dan tergolong dalam sub-order Dendrobranchiata . Walaupun kelihatan sama sahaja dengan udang halus, udang berbeza dengan udang halus dari segi struktur insangnya. Insang udang bercabang (oleh itu, namanya dendro = "pokok"; branchia = "insang"), manakala insang udang halus berlamela. Takson kembar bagi Dendrobranchiata ialah Pleocyemata yang terdiri daripada semua udang halus, udang karang, ketam, dan sebagainya.
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa kini, udang air masin dan air tawar diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah. Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.

RESEPI BAKWAN UDANG BERSAYUR

BAHAN-BAHAN:
250gmtepung gandum
50gm cawan tepung beras
150gm udang kecil | buang kepala dan bersihkan
1 biji telur
50gm tauge | bersih dan tos
50gm kucai | potong 3cm
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk pati ayam
1/2 sudu the serbuk kunyit
Air sejuk  secukupnya
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SOS CILI BAWANG PUTIH:
1/2 cawan pes cili kering
3/4 cawan gula Melaka
1/2 cawan air asam Jawa
3 ulas bawang putih | cincang halus
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu makan kacang tanah kisar

PROSES PENYEDIAAN
Mulakan dengan menyediakan sos. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga perang.

Masukkan pes cili kacau seketika masukkan pula air asam Jawa. Setelah mendidih masukkan gula perang dan garam secukup rasa.

Kacau rata atas api perlahan hingga kuah pekat. Setelah cukup rasa tutup api. Ketepikan.

Sediakan pula bancuhan cucur, campurkan tepung gandum bersama tepung beras, garam,serbuk kunyit serta serbuk perasa ayam. Gaul rata.

Pecahkan telur di dalamnya dan tambah air, kacau rata hingga tiada tepung yang berketul.

Panaskan minyak dalam kuali, kemudian campurkan kucai, tauge dan udang di dalam bancuhan tepung tadi, gaul rata.

Setelah minyak panas gunakan seduk tuangkan  perlahan-lahan bancuhan ke dalam kuali supaya bancuhan cucur menjadi lebar dan nipis.

Goreng hingga keperangan.Setelah selesai boleh guntingkannya dan hidang bersama Sos Cili Bawang Putih dan taburkan kacang tanah di dalam mangkuk sos. Sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment