Sunday, March 11, 2018

RESEPI SEMPERIT NUTELLA

Biskut ialah sejenis kuih kering yang dibakar, biasanya leper, nipis, dan rangup dimakan. Biskut ialah istilah yang biasanya digunakan untuk pelbagai produk makanan dibakar yang berasaskan tepung. Istilah ini digunakan untuk dua produk yang berbeza di Amerika Utara, Negara-Negara Komanwel dan Eropah. Untuk senarai jenis, sila lihat senarai biskut.

Dalam bahasa Inggeris Komanwel dan bahasa Inggeris Hiberno, biskut yang merupakan produk kecil yang dibakar keras yang akan dipanggil sama ada "cookie" atau "cracker" di Amerika Syarikat dan kadang-kadang "cookie" dalam bahasa Inggeris Kanada.Biskut di United Kingdom, Isle of Man dan Ireland mungkin tidak manis atau manis, seperti biskut coklat, digestives, hobnobs, kacang halia, teh kaya, bourbons dan krim kastard. Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Komanwel dan Ireland, istilah "cookie" biasanya merujuk kepada satu jenis biskut (cookie coklat cip). Bagaimanapun ia boleh juga merujuk kepada jenis biskut atau roti tertentu oleh penduduk tempatan.

RESEPI SEMPERIT NUTELLA



BAHAN BAHAN DAN PROSES PENYEDIAAN
1/2 cawan butter
1/4 cawan susu pekat manis
Satukan bahan ini dan gaul hingga sebati guna wisk aje.

2 cawan tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard

Masukkan 1 sudu besar tepung kastard dan 1 cawan tepung jagung ke dalam adunan butter dan gaul rata

Tambahkan lagi 1 cawan baki tepung jagung dan uli hingga menjadi doh yang lembut

Bahagikan doh kepada 2 bahagian yang sama banyak

2 sudu besar Nutella
1 sudu besar serbuk koko

1 bahagian doh di campurkan dengan Nutella dan serbuk koko
Uli hingga menjadi doh yang lembut. Jika adunan terlalu lembik, tambahkan sedikit tepung jagung

Canai dan roll adunan memanjang ( dua-dua adunan buat yang sama )

Cantumkan dua adunan doh berlainan warna tadi dan masukkan dalam acuna semperit bunga

paipkan atas tray hingga habis

Letakkan choc cip atau choc button sebagai hiasan di tengah
bakar dalam oven pada suhu 160 C selama 20 minit bergantung kepanasan oven masing-masing.

* Adunan agak keras, tambahkan sedikit lagi susu pekat manis untuk melembutkan adunan dan untuk mudah di paipkan.

No comments:

Post a Comment