Ubi kayu (nama botani: Manihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan
tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber
utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari
bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan
tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi
kayu adalah ubi benggala, ubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam
penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan
nama-nama tempatannya, seperti mandioca, aipim, atau macaxeira (Brazil), kassav
(Haiti), mandi´o (Paraguay), akpu atau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo
atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok
(Sri Lanka), singkong (Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina),
mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca
(Polynesia).
Ubi kayu sering menjadi makanan pilihan apabila berlaku masalah
mendapatkan sumber makanan biasa, seperti ketika musim tengkujuh atau
malapetaka awam, atau semasa peperangan seperti semasa Perang Dunia Kedua. Pada
masa biasa, ubi kayu hanya dimakan sekali-sekala atau dijadikan sebagai kuih.
Kulit ubi kayu mempunyai asid hydrocyanic (asid hidroklorik dan potasium
sianida atau sodium sianida (hydrocyanic). Oleh itu ubi kayu tidak boleh
dimakan mentah, tetapi perlu dibuang kulit dan dimasak terlebih dahulu.
Ubi kayu boleh digoreng, direbus atau dibakar, dan dimakan bersama
kelapa parut muda (nyiur kulit hidup), ikan masin, atau ikan bakar. Ubi kayu
juga boleh dibuat kuih, antaranya kuih puli ubi kayu, kuih ubi kayu, tapai ubi,
kerepek ubi dan yang seumpama dengannya. Ubi kayu ditanam secara komersial
untuk menghasilkan tepung ubi. Tepung ubi kayu juga digunakan dalam industri
makanan setelah ia diproses menjadi monosodium glutamat (MSG) terutama di
negara Timur Jauh dan Amerika Latin. Untuk menghasilkan satu tan MSG, ia
memerlukan lebih kurang 2.4 tan tepung ubi kayu atau tepung kanji.
RESEPI
TEPUNG BOKO UBI KAYU
BAHAN BAHAN
1 ketul ubi kayu yg besar ~ (dalam 3 cawan ubi parut)
1 cawan gula pasir
10 helai daun pandan ~ kisar dengan
2 cawan air dan ambil patinya.
sedikit pewarna hijau jika perlu
secubit garam
PROSES PENYEDIAAN
Ubi dikopek kulitnya (jangan dipotong) dan dibasuh
bersih. Belah 2 untuk membuang urat tengahnya. Parut ubi sehingga habis. (Boleh
juga dikisar menggunakan blender tp pastikan juga uratnya dibuang terlebih
dulu.)
Perahkan/ toskan air dari ubi parut tadi. Tak perlu
terlalu kering. Perah sikit jer tapi kalau kisar campur air pastikan perah guna
kain maslin sebab ubi terlalu halus.
Panaskan periuk kukus.
Campurkan parutan ubi, gula pasir, air daun pandan, garam &
sedikit pewarna hijau sehingga rata.
Masukkan adunan ubi di dalam loyang dan kukus selama 30 minit.
Hidangkan bersama kuah / sos santan dengan cara scopping.
BAHAN BAHAN SOS SANTAN
1 kotak santan (200 ml) (nak lebih lemak boleh lebihkan santan
lagi.. kurangkan sukatan air)
500 ml air
4 ~ 5 sudu besar tepong beras
2 sudu kecil rata garam
sehelai daun pandan ~ disimpul
PROSES PENYEDIAAN
Bancuh tepung beras dengan sedikit air sehingga rata
(ambil air dari 500 ml tadi). Tapiskan.
Campurkan santan, air & air bancuhan tepong beras,
garam dan daun pandan dalam periuk.
Masak di api sederhana sehingga kuah menjadi pekat & masak.
Rasakan garam nya.
Sedia untuk dihidangkan bersama kuih ubi yang dikukus tadi.
No comments:
Post a Comment