Monday, March 12, 2018

SAMBAL TERUTUP IKAN BAWAL

Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai. Ikan bawal sering kali menjadi pilihan utama sebagai hidangan istimewa di meja pengantin atau meja utama.

SAMBAL TERUTUP IKAN BAWAL
BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal - di potong dua
4 sudu besar bawang besar kisar
5 sudu besar cili kisar - tanpa cuka
1/2 inch belachan/Knorr ikan bilis
1 biji buah tomato - di potong 6
2 sudu besar sos tomato ketchup
Garam dan gula secukup rasa
Minyak Masak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak dikuali. Masukan bawang dan cili kisar bersama belachan/knorr ikan bilis. Gorengkan cili hingga ia mula masak dan pekat.

Bubuhkan garam dan gula secuckup rasa. Letakan sos tomato ketchup. Bila ia mula mendidih masukan ikan & buah tomato.

Biarkan ia masak seketika dan balikan ikan nya. Rasa sambal nya, ada pedas, masam & manis. Sajikan panas2.

No comments:

Post a Comment