Monday, March 12, 2018

RESEPI TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM

Terung atau brinjal ialah tumbuhan yang tergolong dalam keluarga Solanaceae dan genus Solanum. Ia berasal dari India dan Sri Lanka, dan amat berkait dengan tomato dan ubi kentang. Terung biasanya digunakan sebagai sayur untuk masakan. Nama botaninya Solanum melongena.

Pokok terung ialah pokok saka yang seringnya ditanam sebagai pokok setahun. Ia bertumbuh sehingga 40 - 150 cm (16 - 57 inci) tingginya. Daunnya besar, dengan lobus yang kasar. Ukurannya 10 -20 cm (4-8 inci) panjangnya dan 5 - 10 cm (2-4 inci) lebarnya. Jenis-jenis separa liar adalah lebih besar dan bertumbuh sehingga 225 cm (7 kaki), dengan daun yang melebihi 30 cm (12 inci) panjangnya dan 15 cm (6 inci) panjangnya. Batang pokok seringnya berduri. Warna bunganya antara putih hingga ungu, dengan korola yang memiliki lima lobus. Stamennya berwarna kuning. Buah tepung berisi, dengan diameter yang kurang daripada 3 cm untuk pokok liar, dan lebih besar lagi untuk jenis yang ditanam.

Dari segi botani, terung yang dikelaskan sebagai buah beri mengandungi banyak biji yang kecil dan lembut. Biji itu boleh dimakan tetapi rasanya pahit kerana ia mengandungi alkaloid nikotina. Ini tidaklah hairan kerana terung ialah saudara rapat tembakau.


RESEPI TERUNG BAKAR SAMBAL ASAM
BAHAN BAHAN UNTUK TERUNG
3 biji Terung
1 sudu serbuk lada hitam
sedikit garam
1 sudu minyak zaitun

BAHAN SAMBAL ASAM
1 biji tomato potong dadu
5 biji cili api hijau atau merah sukahati
1 sudu cili boh
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu air asam jawa
1 biji bawang besar potong bulat2
sedikit sos cili
sedikit garam
2 sudu gula

PROSES PENYEDIAAN
Terung di bersihkan,belah dua dan perapkan dengan serbuk lada hitam,garam dan minyak zaitun. Biarkan dalam 10 minit.

Kisar cili api,cili boh,bawang putih,bawang merah dan tomato.

Panaskan minyak dan tumis bahan blend, masukkan sos cili, bawang besar dan garam serta gula, akhir sekali masukkan air asam jawa. kalau nak pekat biarkan lama sikit. ok dah siap sambal asam.

Terung bakar sehingga lembut. Bersihkan kulit yang terbakar. Terung yang dibersihkan letak atas pinggan dan tuang sambal tadi.Siap


No comments:

Post a Comment