Ayam pedaging atau
ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk
pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit
kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih
dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat
mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.
Oleh kerana ayam
pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya
seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk
pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan
itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan
dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.
RESEPI AYAM LENGGANG
BAHAN KISAR
2 biji bawang
2 inci halia
2 inci kunyit
10 biji cili hijau
6 ulas bawang putih
3 inci belacan
BAHAN TUMIS
3 biji bawang merah
3 batang serai (dititik)
4 tangkai daun kari
Ayam
Serbuk lada hitam
Lobak merah dan tomato jika suka
PROSES PENYEDIAAN
Tumiskan bahan-bahan tumis hingga naik bau dan sedikit garing.
Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan bahan kisar, air, serbuk lada
hitam dan lobak merah.
Biarkan hingga mendidih dan ayam empuk. Akhir sekali masukkan
tomato dan garam. Kacau dan biarkan seketika.
Sungguh sedap dimakan dengan nasi panas @ roti.
No comments:
Post a Comment