Monday, March 12, 2018

RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

Ayam pedaging atau ayam daging (broiler) merupakan istilah bagi ayam yang diternak khusus untuk pengeluaran daging.Ayam pedaging biasanya mempunyai bulu putih dan kulit kekuningan. Kebanyakan ayam pedaging komersial mencapai berat boleh sembelih dalam umur lima hingga tujuh minggu, namun baka-baka yang tumbuh lambat mencapai berat boleh sembelih pada umur 14 minggu.

Oleh kerana ayam pedaging begini muda ketika disembelih, maka kelakuan dan fisiologinya seakan-akan burung yang belum dewasa. Disebabkan pemilihan artifisial untuk pertumbuhan awal cepat serta kaedah penternakan yang digunakan untuk tujuan itu, ayam pedaging terdedah kepada isu-isu kebajikan, terutamanya kebantutan dan kecacatan rangka, luka di kulit dan mata, serta keadaan sesak jantung.

Ayam pedaging juga dipelihara hingga matang dan tua tetapi tetap menghadapi isu kebajikan yang berkenaan dengan kesusahan hati disebabkan dorongan makan yang tinggi serta perapian paruh. Ayam pedaging biasanya diternak dalam kawanan campur jantina dalam reban besar dalam keadaan intensif, tetapi ada juga yang diternak lepas (ayam kampung). Ayam adalah salah satu haiwan ternakan yang paling umum


RESEPI AYAM GORENG CILI HALIA MASAM MANIS

BAHAN BAHAN
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

PROSES PENYEDIAAN
Kupas & blend (saya tumbuk jgn lumat sgt) bawang merah/ putih, halia, cilipadi, lada merah & belacan.

Masukkan dalam minyak yg dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sgt sambil masukkan garam, kacau sekejap & masukkan gula 1/2 sudu teh saja & sedikit je gula merah, masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yg diketuk tadi.

goreng sampai naik bau kalau kering sgt letakkan air sedikit mengikut keadaan.. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang tu layu & boleh padamkan api.



No comments:

Post a Comment