Sunday, November 05, 2017

IKAN CENCARU BAKAR


Ikan Cencaru (bahasa Inggeris: Torpedo Scad)[1] merupakan sejenis ikan karnivor air terbuka tropika yang suka berkelompok di kawasan-kawasan pantai Indo-Pasifik Barat, dari Afrika Timur sehingga Jepun dan Australia. Taburannya antara 47° U - 22° S, dan 40° T - 156° T. Ikan ini hidup antara 20 - 100 meter dalam di kawasan payau yang mempunyai terumbu. Ikan Cencaru mempunyai nilai komersil yang tinggi. Nama sainsnya Megalaspis cordyla.

Ikan Cencaru berwarna kelabu kebiru-biruan hingga hijau pada bahagian dorsal, dan keperak-perakan pada bahagian bawah. Operkulumnya mempunyai bintik hitam yang besar, dengan sirip yang berwarna gelap. Panjang Ikan Cencaru sehingga 80 sentimeter (2 kaki 7 inci), dan beratnya sehingga 4 kilogram. Ikan ini mempunyai 7 - 9 sirip kecil yang berasingan pada bahagian belakang ridip dan sirip duburnya.

 IKAN CENCARU BAKAR
https://siraplimau.com

BAHAN-BAHAN :
o  2 ekor ikan cencaru | dibuang kulit dan dibersihkan
o  10 biji cili merah | dikisar halus
o  5 biji bawang merah | dikisar halus
o  3 ulas bawang putih | dikisar halus
o  1sm halia | dikisar halus
o  1 batang serai | dikisar halus
o  1/2sm lengkuas | dikisar halus
o  Daun pisang untuk membungkus secukupnya
o  Garam secukup rasa
o  Minyak untuk menumis secukupnya
o  Sedikit air

CARA MEMASAK:

ü Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis dan masak bahan kisar sehingga garing serta pecah minyak. Kacau dengan kerap supaya bahan kisar tidak hangit.

ü Tambahkan sedikit air dan perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau dan masak lagi sehingga pekat.


ü Sediakan daun pisang, letakkan seekor ikan di atasnya dan curahkan sambal yang telah siap dimasak tadi.

ü Panaskan kuali rata dengan api kecil. Letakkan bungkusan ikan di atasnya dan biarkan ia perlahan-lahan masak.


ü Paling-palingkan supaya daun pisang tidak terbakar dan ikan masak sempurna. Hidangkan panas-panas.


Sumber: rasa.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment