Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG MASAK SAMBAL

Sambal ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.


BAHAN-BAHAN:
1 kg sotong- cuci bersih dan toskan.
1 mangkuk besar cili kering potong- rendeham dalam air panas
2 labu bawang besar
2 ulas bawnag putih
Garam
Gula
Air asam jawa secukupnya (dalam 1 sudu besar dan bancuh dengan sedikit air)

CARA MEMASAK:
Blender atau tumbuk halus  cili kering dan 1 labu bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Letak air sedikit sahaja supaya cepat garing bila ditumis nanti.

Panaskan minyak agak banyak, masukkan bahan yang telah di blend tadi.

Masukkan garam dan gula.

Masukkan 1 labu bawang besar yang dimayang.

Kacau hingga sambal jadi seperti kerinting- agak lama sedikit gorengnya

Masukkan air asam jawa.

Rasakan agar ada masin, masam dan manis. masukkan sotong yang telah ditoskan. Biarkan sotong keluarkan airnya sendiri.


Goreng sekejap sahaja agak agak  sotong dah masak, tutup api. Siap untuk dihidangkan bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment