Monday, November 06, 2017

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS

Rendang adalah masakan tradisional Minangkabau - Indonesia yang kemudian menyebar pada masyarakat Melayu,[perlu rujukan] bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya. Masakan ini disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atau ketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja.

Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya. Masakan ini sangat digemari di semua kalangan masyarakat baik di Sumatera Barat, Indonesia juga di Malaysia khususnya di Negeri Sembilan. Rendang Tok pula terkenal di Negeri Perak

RESEPI RENDANG AYAM
 
sekadar hiasan
BAHAN BAHAN
o   1 kg  ekor ayam
o   3- 4  helai daun limau purut
o   daun kunyit secukupnya hiris halus
o   kerisik secukupnya
o   400ml santan campur air
o   Minyak masak

BAHAN KISAR:
o   2 – 3  labu bawang besar
o   8 biji bawang merah
o   4 - 5 ulas bawang putih
o   2 inci halia
o   3 inci lengkuas
o   2 inci kunyit hidup
o   7  batang serai-hiris
o   biji cili padi ikut suka
o   1/2 cawan cili kering kisar

CARA MASAK
ü Ayam dipotong potong ikut saiz sesuai, bersih dan toskan
ü Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar hingga naik baud an berubah warna
ü Masukkan ayam dan gaul biar sebati dengan bahan kisar tadi.
ü Gunakan api sederhana kuat . Masak ayam seketika hingga nampak berubah dan kecut
ü Masukkan santan, kerisik, asam gelugor dan daun limau purut.
ü Masukkan garam. Biar rendang mereneh hingga kuah pekat.
ü Masukkan daun kunyit. Rasakan garamnya. Kalau perlu masukkan sedikit gula. Tutup api.
ü Siap untuk dihidang




No comments:

Post a Comment