Gulai ialah masakan bersantan yang
mengandungi daging, ikan dan lain-lain dengan ramuan utamanya adalah lada api,
kunyit hidup, serai dan santan. Gulai dipanggil masakan masak lemak di luar
Negeri Sembilan.
B AHAN
BAHAN
1 kg daging kambing atau( daging
lembu pun boleh)
1 paket rempah kari daging
1 paket rempah kurma
4 ulas bawang merah - Kisar
2 ulas bawang putih - Kisar
1 labu bawang besar - Kisar
1/2 in halia - Kisar
1/2 in lengkuas - Kisar
2 sudu besar cili giling
1 sudu besar gula merah
1 paket kecil kerisik
1 cawan bawang goreng -
ramas/hancurkan
2 sudu besar
susu manis
1 tin kecil tomato puri / sos tomato
3 ketul ubi kentang - potong 4
2 sudu besar
kicap manis (jika suka)
2 sudu besar sos tiram (jika suka)
air secukupnya
BAHAN TUMIS
2 in kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
3 helai daun pandan simpul
Minyak
Minyak
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga
wangi.
Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau
dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
Masukkan gula merah (gula merah akan
caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik)Masukkan pes rempah, tumis hingga
pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan
sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
Tambah air hingga paras daging (gulai ni
takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu
manis
Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan
kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan
rasa
Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis,
sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat
No comments:
Post a Comment