Tuesday, November 07, 2017

RESEPI KERABU SOTONG CARA THAI

Masakan ala thai bukan asing lagi bagi kita. Sebut sahaja tom yam dan kerabu, kita sudah tahu itu makanan dari siam pada asalnya. Kali ini saya ingin kongsikan masakan Kerabu Sotong ala thai untuk peminat makan pedas dan masam.

BAHAN-BAHAN:
10 – 12  ekor sotong - rebus sekejap
2 ulas bawang merah  di mayang
1/2 biji bawang besar holland di mayang
2 batang serai di  mayang nipis
6 batang kacang panjang di  potong nipis
2 biji tomato di  potong dadu
Cili besar @ cili padi di  mayang
2 biji limau nipis - ambil jus
Garam dan gula secukup rasa

CARA MEMASAK:

Potong bulat nipis-nipis sotong yang telah di rebus.

Campurkan semua bahan lain. Gaul sekata.

Siap untuk di hidangkan.

Siap untuk dinimati dan selamat mencuba

No comments:

Post a Comment