Sunday, November 05, 2017

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA

RESEPI GULAI TEMPOYAK IKAN TALAPIA

Tempoyak dibuat daripada isi buah durian. Isi durian ini diasingkan daripada bijinya dan ditambah dengan sedikit garam dan disimpan selama tiga hingga lima hari di dalam suhu bilik untuk proses penapaian. Tempoyak biasanya tidak dimakan begitu sahaja tetapi selalunya dibuat sambal atau dimasukkan ke dalam masakan seperti gulai tempoyak ikan patin atau pais ikan tempoyak. Tempoyak sangat terkenal di negeri Pahang dan Perak, malah di bandar Temerloh, Pahang sendiri gulai ikan patin masak tempoyak sangat terkenal.

Tempoyak juga terkenal di Indonesia (terutama di Palembang, Sumatera dan Kalimantan).

SEKADAR HIASAN

BAHAN-BAHAN:

o  300gm tempoyak
o  1kg ikan tilapia
o  1 biji nanas saiz sederhana - dipotong kecil
o  10 biji cili padi | dipotong kecil dan dibersihkan
o  10 biji cili merah | dipotong kecil dan dibersihkan
o  4 batang serai
o  2 liter air
o  Garam dan gula secukup rasa


Cara Masak
Didihkan air di dalam periuk dan campuran bahan yang dikisar dan tempoyak. Gaul sebati.

Selepas itu, masukkan nenas dan kacau sebentar.

Masukkan ikan talapia dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

Setelah mendidih, angkat dan hidangkan. Sedia dinikmati.


Sumber: rasa.karangkraf.com

No comments:

Post a Comment