Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG TUMIS KEMBANG

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN-BAHAN
o   600 gm sotong kembang (yg dah siap rendam)
o   3 senduk besar cili
o   bawang besar
o    bawang putih blender
o   1 biji bawang besar ~ potong bulat
o   1 sudu besar gula
o   garam secukup rasa
o   serbuk perasa jika suka
o   secubit belacan
o   1 sudu kecil asam jawa berbiji
o   1 cawan air
o   minyak masak

CARA-CARANYA:
1. Sotong kembang dihiris saiz sesuai.  Rebus sekejap hingga agak lembut.  Angkat dan toskan

2. Panaskan minyak masak ikut jumlah masakan lalu tumiskan cili dan bawang kisar.  Tumis sehingga naik minyak. 

3. Masukkan jus asam jawa + belacan.  Masukkan air, gula, garam dan  serbuk perasa serta sotong yang telah ditoskan tadi.

4, Biarkan sambal merenih sambil dikacau sehingga naik minyak.  Biarkan sambal secukup rasa dan tambah jika ada yang kurang.  Akhir sekali masukkan bawang potong dan kacau hingga bawang layu. 

5. Siap untuk dinikmati bersama nasi panas

No comments:

Post a Comment