Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG MASAK PEDAS

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN-BAHAN
o   1 ekor Sotong Torak
o   Garam
o   serbuk kunyit
o   Minyak masak
o   4 bj Bawang merah, ditumbuk
o   3 ulas Bawang putih, Ditumbuk
o   1 inci Halia. ditumbuk
o   4 sb Cili kisar
o   2 sb Sos tomato
o   Garam
o   Gula

CARA-CARANYA:
1. Bersihkan sotong dan potong bulat. Lumurkan garam dan kunyit. Goreng sotong sehingga masak.

2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga kekuningan.

3. Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili masak.

4. Masukkan sos tomato dan perasakan gula dan garam.

5. Masukkan sotong dan gaul sehingga rata.

6. siap untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment