Kuih keria (atau kuih gelang) merupakan
sejenis kuih tradisional Melayu. Berasaskan keledek dengan campuran tepung,
gula dan garam. Ia dicanai dan dibentuk seperti cincin ataupun gelang tangan.
Biasanya, kuih ini disaluti dengan gula mahupun cairan gula (gula cair).
Kuih ini sering dijamah dan dihidang ketika
sarapan dan waktu minum petang.
Sekadar Hiasan |
Bahan-bahan
o
600 gm keledek
o
150 gm tepung gandum
o
¾ cawan gula putih
o
Minyak
o
Garam
Cara
membuatnya
Ubi
Keledek dibersihkan dan rebus sehingga masak. Setelah masak, biarkan sejuk dan
kemudian ubi keledek tersebut dibuang kulitnya dan lecek hingga lumat.
Ubi
keledek yang lenyet itu digaul bersama tepung dan garam sehingga sebati. Ambil
satu camca adunan tadi, bulat-bulatkan dan kemudian leperkannya. Buat lubang
dibahagian tengah adunan tadi.
Panaskan
minyak di dalam kuali. Masukkan ke dalam kuali adunan yang telah siap satu
persatu dan goreng sehingga kekuningan. Setelah semua selesai, ketepikan. Masak
gula dengan sedikit air sehingga pekat dan hampir kering.
Kemudian
masukkan kuih keria tadi dan balik-balikkan di dalam kuali supaya diselaputi
gula. Kemudian bolehlah dihidangkan.
No comments:
Post a Comment