Tuesday, November 07, 2017

RESEPI SOTONG MASAK KARI

Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
BAHAN-BAHAN
o 500 gm sotong saiz sederhana dicuci dan dibuang pundi hitamnya
o 3 biji bawang sederhana besar dikisar
o 1/2 inci halia dikisar
o 2 biji bawang putih dikisar
o 1-2 sudu besar cili kering dikisar
o 5-7 biji bawang merah dimayang
o 3 biji bawang putih dimayang
o 3 sudu besar rempah kari ikan HPA
o air asam jawa
o gula, garam dan perasa

CARA-CARANYA:
1. Bancuh bahan-bahan yang dikisar dengan serbuk kari dan air asam jawa dan jadikan pes.

2. Tumis bahan-bahan yang dimayang hingga perang dan masukkan cili kisar diikuti dengan pes kari.

3. Setelah bahan-bahan yang ditumis pecah minyak, masukkan sotong dan sedikit air (sotong mengeluarkan air sendiri ketika dimasak).

4. Setelah mendidih masukkan gula, garam dan perasa secukupnya.

No comments:

Post a Comment