Monday, November 06, 2017

RESEPI MASAK JEMPUT JEMPUT IKAN BILIS

Kuih jemput-jemput atau juga dikenali sebagai cucur atau cekodok, pada asasnya adalah merupakan gandum yang digoreng dalam minyak. Ia merupakan sejenis kuih tradisi.[1] Jemput-jemput atau cucur ini diberikan nama mengikut jenis bahan perisa tambahan. Ia dikenali sebagai jemput-jemput kerana saiz kuihnya yang bersaiz sejemput tangan ketika diletakkan ke dalam minyak untuk digoreng. Kini adunannya disauk dengan menggunakan ukuran sudu.
BAHAN-BAHAN:
100gm ikan goreng
250gm tepung gandum
1 biji telur
1 biji bawang merah besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Sedikit serbuk perisa ikan Bilis
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN
1. Campurkan semua bahan kecuali air. Kacau rata

2. Kemudian barulah masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi adunan yang tidak terlampau cair dan tidak terlampau pekat.

3. Panaskan minyak agak banyak. Bentukkan adunan menjadi bebola kecil dengan menggunakan sudu dan masukkan ke dalam kuali.

4. Goreng sehingga perang. Angkat dan toskan. Boleh hidangkan dengan sos.

No comments:

Post a Comment