Monday, November 06, 2017

RESEPI KARIPAP / CURRY PUFF

Karipap merupakan sejenis makanan yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura. Ia terdapat dalam pelbagai perasa, bergantung kepada inti di dalamnya. Bahan utama inti karipap ialah daging dan kentang. Ubi kentang sering digunakan sebagai inti karipap, adakalanya inti ubi keledek juga digunakan. Nama karipap boleh dikaitkan dengan inti tersebut, yang menggunakan serbuk kari sebagai bahan perasa. Adakalanya sekarang, inti karipap boleh digunakan dengan lada hitam. Isi ikan yang dibuat sebagai inti karipap, dikenali sebagai temosa.
BAHAN-BAHAN
3 biji telur direbus - potong empat
3 biji kentang dipotong dadu
300g daging kisar
2 susu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
1 ulas bawang besar potong dadu
1 ulas bawang putih diketuk
garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN
1. Tumiskan bawang putih, bawang merah, cili+rempah kari hingga garing.

2. Masukkan daging kisar dan kentang seta sedikit air.

3. Masak hingga kentang empuk dan menjadi kering. Sesuaikan rasa masinnya kemudian sejukkan

BAHAN KULIT KARIPAP
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air (agak-agak lau kurang tambah sikit) letak sedikit garam siki
minyak masak yang

CARA MENYEDIAKAN
1. Mula-mula ayak tepung kemudian curahkan dengan minyak panas.

2. Gaulkan sampai jadi seakan serbuk roti.

3. Pastu Curahkan air sedikit demi sedikit, bukannya apa takut doh jadi terlembik pulak. Uli doh hingga menjadi licin.

4. Bentukkkan doh menjadi bulat-bulat kecil. Rehatkan doh kejap hingga berminyak pastu boleh canai.

No comments:

Post a Comment