Sambal ialah
sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan
bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan. Sambal ialah
salah satu hidangan istimewa Indonesia dan Melayu. Terdapat berbagai-bagai
kelainan sambal yang berasal dari berbagai-bagai daerah.
KETAM MASAK SAMBAL
MERAH
BAHAN-BAHAN
3 ekor ketam Nipah
2 sudu makan cili giling
sos cili secukupnya
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
sedikit kicap manis
3 helai daun limau purut
sedikit air asam jawa
garam dan gula/madu secukupnya
sedikit hirisan daun sup dan daun bawang
BAHAN-BAHAN KISAR
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 labu bawang besar
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di
dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi.
Kemudian, masukkan
cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos cili,
sos tiram, sos ikan dan kicap manis. Kacau sebati. Kemudian masukkan air
secukupnya.
Apabila sudah
mendidih, masukkan ketam, daun limau purut, garam, gula/madu dan air asam jawa.
Kacau rata-rata.
Apabila sudah masak,
tutupkan api. Taburkan daun sup dan daun bawang. Hidangkan panas-panas.
No comments:
Post a Comment