Monday, November 06, 2017

RESEPI DAGING MASAK LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:
300 g daging lembu ( dibersihkan dan di potong kecil-kecil)
1 labu bawang besar (di potong bulat)
3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
1/2 inci halia ( dihiris)
1 sudu makan lada hitam (ditumbuk)
4-8 biji cili padi
daun ketumbar ( dihiris)
daun bawang ( di potong )
sepotong karot ( potong memanjang)
1 biji buah tomato ( di potong)
2 sudu besar kicap manis
2 sudubesar sos cili
2 sudu besar sos tiram
sedikit garam & serbuk kunyit

CARA MENYEDIAKAN

1.   Gaulkan daging dengan garam dan serbuk kunyit. Masak dalam kuali untuk keringkan airnya.

2. Apabila daging agak kering masukkan sedikit minyak dan goreng sedikit.

3. Masukkan halia, bawang putih, bawang merah, cili padi, lada hitam yang telah di tumbuk. Goreng seketika bersama daging tadi. Masukkan karot.

4. Masukkan sos cili, kicap,sos tiram dan sedikit air.

5. sesuaikan rasa dan last sekali masukkan daun ketumbar, daun bawang dan buah tomato.

6.   Kacau, angkat dan hidangkan.

No comments:

Post a Comment