IKAN SARDIN
Sardin merupakan ikan laut yang terdiri dari
beberapa spesies dari famili Clupeidae. Ikan ini mampu bertahan hingga
kedalaman lebih dari 1.000 meter. Ikan ini amat bagus digunakan sebagai makanan
dihidangkan dengan sos cili atau sos tomato.
KARI
Kari ialah nama untuk berbagai-bagai hidangan
berempah yang terkenal di Bangladesh, India, Sri Lanka, Indonesia, Malaysia,
Thailand, dan negara-negara yang lain di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Serupa
dengan teh, kari yang berasal daripada India merupakan salah satu daripada
beberapa hidangan yang benar-benar bersifat "Se-Asia". Konsep kari
kemudian dibawa ke Barat oleh penjajah-penjajah British di India pada abad
ke-18. Walaupun demikian, hidangan-hidang kari di Eropah dan Amerika Syarikat
jarang dipanggil sedemikian dalam bahasa asli masing-masing di sana.
RESEPI
SARDIN MASAK KARI
sekadar Hiasan |
BAHAN-BAHAN:
o
3 - 4 ketul ikan sardin saiz besar
o
3 biji ubi kentang - potong
empat
o
3 sudu besar serbuk kari ikan
o
1 biji bawang besar
o
2 ulas bawang putih
o
2 - 3 ulas bawang merah
o
2 sudu besar asam jawa
o
2 tangkai daun kari
o
Air secukupnya
o
Sedikit minyak
o
garam
CARA MENYEDIAKAN
Kisar atau tumbuk halus bawang putih dan
bawang merah dan Potong kasar bawang besar
Tumis bawang yang ditumbuk, bawang besar dan
daun kari hingga naik baunya
Masukkan serbuk kari dan air. Biar mereneh
dan pecah minyak
Masukkan kentang, air dan garam. Masak hingga
kentang empuk
No comments:
Post a Comment