Sup adalah makanan cecair, secara amnya
disaji panas (tetapi boleh juga disaji dingin atau sejuk), yang dibuat dengan
menggabungkan bahan-bahan seperti daging dan sayuran dengan stok, jus, air,
atau cecair yang lain. Sup panas dicirikan dengan mendidihkan bahan-bahan
pepejal di dalam cecair di dalam periuk sehingga rasanya diekstrak, membentuk
air rebusan atau kaldu.
Sup Cendawan
Sekadar Hiasan |
Bahan-bahan
ü 230 gram
cendawan segar (biasa saya guna cendawan butang) dipotong nipis – kalau tiada
pilihan, cedawan butang dalam tin pun ok.
ü 2 sudu besar
bawang besar yang dicincang kasar
ü 1-2 ulas
bawang putih dicincang halus
ü 2 sudu besar
mentega
ü 2-3 sudu
besar tepung gandum – ketepikan.
ü 2 cawan stok
ayam
ü 1 cawan krim
cair (light cream) / 1 cawan susu sejat (saya guna susu segar)
ü 1/2 sudu teh
garam
ü 1/4 sudu teh
serbuk lada hitam
ü 1/4 sudu teh
serbuk buah pala (nutmeg)
Cara-cara
ü Cairkan
mentega di dalam kuali yang agak besar dan dalam.
ü Masukkan
bawang besar, bawang putih dan cendawan. Goreng sehingga bawang menjadi lembut
(layu).
ü Campurkan 2
sudu besar tepung gandum dan kacau.
ü Masukkan
stok ayam dan panaskan sehingga menjadi pekat sedikit serta teruskan mengacau
tanpa berhenti.
ü Kacau
krim/susu bersama baki 1 sudu besar tepung gandum terlebih dahulu. Kemudian
masukkan ke dalam sup.
ü Masukkan
rempah-ratus.
ü Teruskan
mengacau sehingga menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati
No comments:
Post a Comment